Wednesday, September 30, 2009

PENGUMUMAN PENTING

Mulai 28September, 2009 (Isnin), klinik Darussyifa' Bota akan dibuka kepada semua yang memerlukan rawatan pada setiap hari Isnin (Malam Sahaja) dan setiap Hari Sabtu (Jam 9.00 pagi hingga 2.00 Petang)

Pada Hari Isnin juga Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Zikir diadakan selepas Magrib dan rawatan diadakan selepas Solat Isya'. Rawatan sebelah malam diadakan atas permintaan orang ramai yang tidak ada kesempatan untuk mendapatkan rawatan di sianghari pada setiap Sabtu.

Orang ramai juga dijemput untuk menghadiri majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Zikir tersebut untuk sama-sama berdoa kepada Allah bagi kesembuhan, ketenangan dan sebagainya.

Pengerusi Darussyifa' Bota.

No comments: