Wednesday, January 6, 2010

Santau, Perkataan Yang Menggerunkan

Santau adalah perkataan yang menggerunkan bagi orang Melayu. Apa tidaknya, seseorang yang terkena santau akan menanggong kesengsaran seumur hidup. Santau adalah alat pembunuh yang paling kejam. Ianya adalah racun yang digunakan oleh tukar sihir untuk membunuh atau memberi kesengsaraan kepada musuhnya atau kepada sesiapa sahaja. Orang yang terkena santau biasanya akan muntah darah sehingga meninggal atau pun terus menderita.

Orang yang menuntut ilmu santau dikatakan terpaksa membuang racun yang dibuatnya itu dalam satu jangka masa tertentu. Racun yang menggunakan khidmat jin itu akan mengena sesiapa saja.

Bagi mereka yang sakit hati kepada orang lain, mungkin mereka akan menggunakan khidmat santau untuk memuaskan nafsu mereka, agar orang yang mereka benci itu mati keracunan atau menanggong kesenggsaraan yang berterusan seumur hidup.

Bukan semua mereka yang terkena racun itu dikatakan terkena santau. Ada mereka yang terkena racun daripada makanan yang beracun. Atau meungkin juga orang yang terkena keracunan itu telah memakan makanan beracun dalam tempoh yang panjang.

Cara hendak menguji samada seseorang itu terkena santau ialah dengan cara memerah sedikit limau nipis pada lidahnya, sebelum seseorang itu tidur. Jikalau orang tersebut gelisah dan merasa sesuatu keganjilan pada dirinya, atau tidak dapat tidur kerana sesuatu gangguan kepada tubuhnya, bermakna orang tersebut disyaki terkena santau.

Darussyifa Bota mempunyai beberapa orang perawat, termasuk perawat wanita bagi merawat pesakit yang keracunan.

No comments: