Friday, March 15, 2024

SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang pemurah telah mewakafkan tanahnya kepada pihak pengurusan pusat perubatan Islam Darussyifa Cawangan Kedah di Kg Napo, Mukim Hosba, Jitra untuk dibangunkan sebuah tempat bagi kegunaan sebagai pusat rawatan dan aktiviti dakwah masyarakat setempat berkaitan perubatan Islam. Di atas tanah tersebut ada sebuah rumah kayu yang perlu dibaiki dengan dan dibaik pulih semula dengan kos yang agak besar. 


Untuk makluman semua penyumbang, Pusat Perubatan Islam Darussyifa Malaysia telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Dato. Dr. Haron Din. Sekarang diteruskan perjuangan ini oleh Ust Tn Hj Abd Rahman Ahmad bersama ahli-ahlinya.


Untuk fasa pertama projek ini, pihak Darussyifa perlu bersihkan tanah wakaf tersebut yang dipenuhi lalang, pokok kayu dan agak semak. Fasa pertama melibatkan proses pembersihan seluruh kawasan yang diwakafkan dan menyediakan beberapa kelengkapan asas.


1. Pembersihan halaman bahagian luar dan dalam melibatkan kos upah, sewaan roro, potong pokok, sewaan jentolak serta barang-barang kelengkapan asas.  Kos diperlukan sekitar RM11,000


2. Turap jalan dengan batu kerana jalan masuk agak becak dan rosak. Atas faktor keselamatan laluan keluar masuk perlu dibaiki dan diperelokkan. Kos sekitar RM10,000.


KOS FASA PERTAMA DIPERLUKAN: RM21 RIBU


InsyaAllah, kita cuba bantu fasa pertama dulu sebagai pembuka jalan bagi kelancaran pembinaan pusat rawatan Darussyifa ini. Keseluruhan Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa ini mencecah RM200 ribu atau lebih. 


Sebagaimana yang kita maklum, kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan oleh Darussyifa merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah dan benteng bagi umat Islam daripada kaedah rawatan yang bercanggah dan syirik.


Ini mengingatkan kita dengan kata-kata almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din yang menyifatkan bidang rawatan Islam ini adalah jihad melawan syirik dan khurafat.


Semoga usaha gigih yang dibuat oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din sejak lebih 30 tahun yang lalu, insya Allah menjadi sedekah jariah untuk Tuan Guru dan ahli Darussyifa yang lain.


Moga kita yang menyumbang untuk membina pusat rawatan Darussyifa Kedah ini juga beroleh ganjaran sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya.. 


Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berpanjangan dan lumayan atas setiap sen yang disumbangkan.

====================


Kaedah Pembayaran


02010005518716

Bank muamalat

Pusat rawatan darussyifa kedah


Resit tulis

Napoh


Mohon berhubung dengan

Ustaz Shakir

011 2183 9095


Semakan Maklumat Kepada :

Darussyifa' Malaysia


PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN, & KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(Dikenali sebagai DARUSSYIFA’)

No 5. Jalan 1/7D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Telefon:  +603-8922 2458

Wednesday, March 13, 2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak


 Salam Ramadhan Al-Mubarak Dari Kami Di Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa Bota.

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik kita.


Jika Ini Ramadhan Terakhirku,

Jika Ini Ramadhan Terbaikku,

Jika Ini Ramadhan Kasihku,

Maka Lelah hari ini untuk-Mu,

Maka Ibadah hari ini untuk-Mu,

Maka Cinta hari ini untuk-Mu.


Kami mohon maaf kerana sesi rawatan ditutup sementara, sehingga 19 April 2024.

In Shaa Allah Sesi Rawatan Bermula Semula Pada 20 April 2024.


اَللَّهُمَّ سَلِّمْنِى اِلَى رَمَضَانَ وَسَلِّمْ لِىْ رَمَضَانَ وَتُسَلِّمُهُ مِنِّى مُتَقَبَّلً

Ya Allah, Serahkanlahku kepada Ramadhan, Serahkanlah Ramadhan kepadaku.

Engkau menerimanya (Ibadahku di Bulan Ramadhan) dariku dengan ridha.


Facebook: fb.com/darussyifabota

Sunday, March 10, 2024

Gotong Royong Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi.

Aktiviti "Gotong Royong Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" adalah aktiviti tahunan bagi barisan perawat di Darussyifa Bota ini.

Selain menjadi aktiviti tahunan, ini juga sebagai platform dimana semua ahli dapat bertemu mata dan mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli.

Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga kita semua lebih bersedia dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Gambar sekitar aktiviti yang sempat admin dapatkan sebagai kenangan.









Sunday, February 18, 2024

Kenali Akhir Zaman

 Zaman Yang Kita Sedang Lalui Semakin Menuju Penghujung.


Kita pasti merasa gerun saat menghampirinya tanpa mengenali zamannya.

Kejadian akhir zaman yang akan berlaku banyak telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. 


Bagaimana kita membuat persediaan menghadapinya ?

Inilah antara kajian yang dibukukan bagi persediaan awal kita menghadapinya.

Dengan rujukan yang dinyatakan atas panduan al-Quran dan Hadis.


Dapatkan di : https://pck.onpay.my/order/form/akhirzaman01/albakrionline




Saturday, February 17, 2024

BERZIKIRLAH

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Tenang dalam erti kata lainya adalah damai, lapang dan tiada keluh kesah.
Dengan mengingati Allah, segalah ujian yang dihadapi tenang dirasai didalam diri.

Antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir
Zikir adalah sebutan perkataan nama Allah (Asma alHusna). Boleh jadi dengan membaca Qalam Allah (Perkataan Ayat Allah) membaca Quran.

Maka semua ini adalah jalan atau cara bagaimana kita berzikir kepada-Nya.
 Sebagai tanda syukurnya kita atas segala nikmat yang Allah telah beri.
Disamping menjaga dan melakukan ketaan semuanya perintah Allah.
TERUTAMANYA SOLAT 5 WAKTU.

Lalu, apa lagi yang menghalang kita dari menjadi Hamba-Nya yang terbaik.
Berzikirlah



 

Friday, July 8, 2022

Berdoalah...

 8/7/2022

Hari ini adalah hari wukuf di A'rafah. Perbanyakanlah kita dengan berdoa. Hari yang baik, jatuhnya pula pada hari Jumaat (Penghulu Segala Hari) hari yang amat baik untuk berselawat. Maka amat ruginya kita jika kita melepaskan ruang dan peluang hari ini.


Hajat

Sesungguhnya, Allah SWT sememangnya Maha Mengetahui setiap sesuatu dari dalam lubuk hati sanubari kita. Dengan doalah kita membuktikan kesungguhan atas hajat kita.


Maka.... Berdoalah......


Tuesday, March 2, 2021

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA MALAYSIA TATACARA NORMA BAHARU (TEMUJANJI SAHAJA)

Sila Klik No. mengikut pilihan Lokasi dan Waktu Rawatan.


1) NEGERI SELANGOR  

    Darussyifa Malaysia, Bandar Baru Bangi (Pusat) 


    Isnin Pagi : 9.00 pagi-12.30 tengahari - Bermula 08 Mac 2021        

    Hubungi: www.wasap.my/601112762166/TemujanjiRawatanDS


    Selasa Petang : 2.00 petang-5.00 petang - Bermula 09 Mac 2021

    Hubungi: www.wasap.my/60193634124/TemujanjiRawatanDS

 

    Rabu Malam : 8.00 malam - 10 malam - Bermula 10 Mac 2021  

    Hubungi: www.wasap.my/60194276958/TemujanjiRawatanDS

 

    Khamis Pagi : 9.00 pagi - 12.00 tengahari - Bermula 04 Mac 2021  

    Hubungi: www.wasap.my/60178228769/TemujanjiRawatanDS


    Jumaat Pagi : 9.00 pagi - 12.00 tengahari - Bermula 05 Mac 2021  

    Hubungi: www.wasap.my/60193850049/TemujanjiRawatanDS


    Sabtu Petang : 2.30 petang-6.30 petang - Bermula 06 Mac 2021  

    Hubungi: www.wasap.my/60163788164/TemujanjiRawatanDS


    Pusat Rawatan Kecil Semenyih (Bermula 01 Mac 2021) 


     Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari 

     Sabtu & Ahad : 9.00 pagi - 1.00 petang

     Hubungi: www.wasap.my/60193981507/TemujanjiRawatanDS

     www.wasap.my/60132167271/TemujanjiRawatanDS

     www.wasap.my/60192348914/TemujanjiRawatanDS


2. KUALA LUMPUR 

    (Cheras - Bermula 07 Mac 2021)

    Ahad : 9.00 pagi - 1.00 petang 

    Hubungi: www.wasap.my/60163788164/TemujanjiRawatanDS

    www.wasap.my/60172921074/TemujanjiRawatanDS


3. NEGERI SEMBILAN  

    KLIA (Bermula 06 Mac 2021)

    Sabtu & Ahad : 9.00 pagi - 12.00 tengahari 

                             2.30 petang - 5.00 petang

    Hubungi: www.wasap.my/60192315642/TemujanjiRawatanDS

                    www.wasap.my/60162339456/TemujanjiRawatanDS

                    www.wasap.my/60104004022/TemujanjiRawatanDS


    Tampin (Bermula 4 Mac 2021)

    Khamis & Sabtu : 2.00 petang - 5.00 petang

    Hubungi: www.wasap.my/60102865188/TemujanjiRawatanDS


4. NEGERI PERAK 

    Bota (Bermula 6 Mac 2021)

    Sabtu: 9.00 pagi - 12.30 tengahari 

    Hubungi:--click-->> Temu Janji Rawatan DS Bota 


    Manjung (Bermula 3 Mac 2021)

    Rabu : 9.30 malam - 11.00 malam 

    Ahad : 9.00 pagi - 1.00 petang

    Hubungi: www.wasap.my/60195777071/TemujanjiRawatanDS

 

    Kamunting (Bermula 1 Mac 2021)

    Isnin, Selasa, Rabu & Khamis : 4.00 petang- 6.30 petang  

    Hubungi: www.wasap.my/60135070601/TemujanjiRawatanDS


    Hulu Kinta (Bermula 7 Mac 2021)

    Ahad : 9.30 pagi - 11.30 pagi 

    Hubungi: www.wasap.my/601127259879/TemujanjiRawatanDS

                    www.wasap.my/60184647690/TemujanjiRawatanDS


    Kuala Kangsar (Bermula 3 Mac 2021)

    Rabu : 8.30 malam - 10.30 malam   

    Hubungi: www.wasap.my/60199616787/TemujanjiRawatanDS

                    www.wasap.my/60135347466/TeemujanjiRawatanDS


     Gerik (Bermula 4 Mac 2021)

     Khamis : 9.00 malam - 11.00 malam 

     Hubungi: www.wasap.my/60103215546/TemujanjiRawatanDS


     Teluk Intan (Bermula 6 Mac 2021) 

     Sabtu & Ahad : 9.00 pagi - 12.00 tengahari 

     Hubungi: www.wasap.my/60165263058/TemujanjiRawatanDS


     Bidor (Bermula 1 Mac 2021)

     Isnin : 9.00 malam - 11.00 malam 

     Hubungi: www.wasap.my/60175369356/TemujanjiRawatanDS


     Kampar (Bermula 1 Mac 2021)

     Isnin : 9.00 malam - 11.00 malam 

     Hubungi: www.wasap.my/60134851031/TemujanjiRawatanDS

                     www.wasap.my/60174324452/TemujanjiRawatanDS


5.  NEGERI KEDAH 

        Taman Malaysia, Alor Setar (Bermula 1 Mac 2021)

        Isnin : 9.00 malam - 11.00 malam 

        Khamis : 4.00 petang - 6.00 petang

        Sabtu : 3.00 petang - 6.00 petang

        Hubungi: www.wasap.my/60132090421/TemujanjiRawatanDS

 

        Harvard Gurun (Bermula 3 Mac 2021)

        Rabu : 8.30 malam - 11.00 malam 

        Hubungi: www.wasap.my/60125439057/TemujanjiRawatanDS


        Kulim (Bermula 6 Mac 2021)

        Sabtu : 3.00 petang - 6.00 petang

        Hubungi: www.wasap.my/60194116230/TemujanjiRawatanDS


        Jitra (Bermula 5 Mac 2021)

        Jumaat : 4.00 petag - 6.00 petang 

        Hubungi: www.wasap.my/60173636779/TemujanjiRawatanDS


        Padang Serai (Bermula 6 Mac 2021)

        Sabtu : 9.00 malam - 11.00 malam  

        Hubungi: www.wasap.my/60186611687/TemujanjiRawatanDS


        Langkawi (Bermula 5 Mac 2021)

        Jumaat : 4.30 petang - 6.30 petang 

        Hubungi: www.wasap.my/60134477880/TemujanjiRawatanDS


6.     NEGERI TERENGGANU 

        Jerteh (Bermula 6 Mac 2021)

        Sabtu : 9.00 pagi - 1.00 petang 

        Hubungi: www.wasap.my/60139111461/TemujanjiRawatanDS

                        www.wasap.my/60169235540/TemujanjiRawatanDS

                        www.wasap.my/60139684121/TemujanjiRawatanDS


7. NEGERI PULAU PINANG 

        Bertam Perdana (Bermula 1 Mac 2021)

        Isnin, Rabu & Jumaat : 9.00 malam - 11.00 malam  

        Hubungi: www.wasap.my/60134281978/TemujanjiRawatanDS


8. NEGERI PERLIS 

        
(Bermula 7 Mac 2021)  

        Ahad : 9.00 pagi - 12.00 tengahari  

        Hubungi: www.wasap.my/60195188868/TemujanjiRawatanDS

 

Tatacara Norma Baharu :


1. Pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu dan telah mendapat pengesahan kehadiran.

2. Sila rujuk syarat-syarat dan kepatuhan kehadiran seperti lampiran.

3. Sila klik No. HP yang tertera untuk membuat temujanji mengikut pilihan tempat yang bersesuaian          dan lampirkan maklumat seperti berikut :

    3.1 Nama Pesakit :

    3.2 Umur : 

    3.3 Tarikh Rawatan :

    3.4 Tujuan Rawatan : (Cth. Gangguan / Pening / Sukar Tidur )


4. Para Perawat bertugas di semua Pusat Rawatan Darussyifa Malaysia berhak menolak temujanji               sebelum atau semasa sesi rawatan sekiranya :

        4.1 Terdapat maklumat yang mengelirukan atau memalsukan kesihatan semasa.

        4.2 Tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

        4.3 Mempunyai gejala Covid-19 seperti batuk, demam, selsema dan lain-lain petanda.

        4.4 Tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

        4.5 Tidak memakai pakaian yang menutup aurat atau yang dianggap tidak bersesuaian.


5. Pesakit diingatkan hadir bersama seorang pengiring sahaja dan elakkan bersendirian.


6. Pihak Darussyifa Malaysia tidak bertanggungjawab sekiranya sesi rawatan yang dilakukan diluar           premis yang disenaraikan melainkan mendapat keizinan pengurusan Darussyifa Malaysia.


7. Pihak Darussyifa Malaysia berhak menambahbaik peraturan sedia ada dari semasa ke semasa                 mengikut kesesuaian.


Sekian, terima kasih.


"KESEMBUHAN HANYA MILIK ALLAH" 


#DarussyifaMalaysiaRasmi

#Covid19 

#KitaJagaKita

#Darussyifa.org