4 Feb, 2010.
Empat orang perawat daripada Darussyifa' Bota telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Kota Setia kerana telah dipanggil untuk merawat 10 murid yang kerasukan dan kawasan sekolah berkenaan. Turut diminta untuk dirawat ialah sekolah Agama Rakyat Sg. Besar itu sendiri kerana berlaku juga kerasukan setiap kali murid-murid memasuki kelas untuk belajar.
Ust. Mukti, Ust. Nasir, Ust. Ishak (Zul) dan Ust. Azamuddin sampai di sekolah jam 7.15 petang. Sedia menunggu ialah Guru Besar bersama-sama guru-guru lain dan beberapa penduduk kampong termasuk JKKK. Murid-murid dan ibu bapa juga ada bersama.
Kami mulai dengan solat Magrib, solat sunat Magrib, solat hajat, bacaan Yaasin, zikir dan doa. Semasa zikir sedang berjalan, seorang murid menjerit dan pengsan. Kami terus soat isyak dan melakukan penaboran disekeling dalam dan kuar bangunan sekolah. Apabila penaboran hampir akan selesai, 8 orang murid kecoh dan jatuh pengsan.
Begitu le hebatnya kerja-kerja iblis bagi merosakkan manusia ini. Kami mendoakan agar murid-murid Sekolah Rendah Sg. Besar, Kota Setia akan dilidungi Allah daripada syaitan terkutuk itu dan memohon agar Allah memberi ketenteraman kepada murid-murid sekolah berkenaan untuk meneruskan pelajaran dan kegiatan sekolah dengan damai dan berjaya, insyaallah!
No comments:
Post a Comment