Wednesday, March 10, 2010

Akhirnya jin terima dakwah kami untuk masuk Islam

9 Mac 2010 - Ust. Ishak telah memanggil kami ke Bota kerana ada kes ganggauan. Kami bertiga dari Darussyifa Bota iaitu Ust. Ishak sendiri, saya dan cikgu Mohd Isa sampai ke rumah yang dimaksudkan sebelum magrib.

Kelihatan di dalam rumah diruang tamu, seorang wanita sedang dipapah memasuki bilik. Kami dipersilakan masuk. Setelah berbimcamg sekejap, kami solat magrib, solat hajat, membaca surah Yaaseen dan berzikir. Kedengaran di dalam bilik suara wanita menjerit kesakitan. Selepas solat Isyak kami membuat 'pagar' di dalam rumah. Tiba-tiba wanita tadi menjerit dan meminta agar beliau dilepaskan terlebih dahulu.

Kamu terus merawat wanita berusia 21 tahun ini. Kami suruh jin yang merasuknya agar keluar tetapi dia kata dia kasihkan wanita ini dan mahu membawanya bersama. Kami terus melakukan rukyah dan meminta jin tersebut keluar, jika tidak kami akan terus membakarnya dengan ayat-ayat al Quran. Namun jin tersebut tetap tidak mahu melepaskan gadis tersebut walau pun beliau dibunuh. Kemudian terjadilah dailog seperti di bawah ini:

Jin : Bunuhlah aku, bunuhlah aku, aku kasihkan dia, aku mahu kawin dengan dia...

Zul : Kami bukan datang untuk membunuh. Kamu jangan kacau manusia ini. Tubuh dia bukan tempat kamu.

Jin : Bunuhlh aku, aku sedia mati, aku rela mati..

Aku : Tidak, kamu ni Islam ke kafir?

Jin : Aku kafir......

Zul : Bagaimana kalau kami tawarkan kepada kamu untuk masuk Islam

Aku : Kalau kamu terima Islam kamu akan selamat, mahu kamu terima Islam? Kalau kamu masuk Islam kamu akan selamat.

Jin : angguk...

Zul : Setelah kamu terima Islam, kamu tak boleh ganggu manusia lagi, kamu mesti keluar dari tubuh wanita ini.

Jin : Angguk

Zul : Sekarang ikut saya mengucap tanda kamu menerima Islam

(Jin tersebut mengucap mengikut ust. Zul)

Aku : Sekarang kamu keluar dan jangan lagi ganggu manusia.

Tiba-tiba saja wanita tadi terus duduk, kami suruh beliau mengucap dan membaca ayat Qursi dan kami berikan minum segelas air penawar...

Semoga beliau akan sembuh dengan izin Allah dan meneruskan hidup dengan mengikuti ajaran Islam. Semoga ibu bapa dan keluarganya dapat hidup dalam keadaan aman damai dan tenteram dan mendapat keridaan Allah SWT.

No comments: