Wednesday, July 14, 2010

Cerita benar - MELIHAT HELAIAN WANG GUGUR DARI ALANG PINTU

Sepertimana yang diceritakan oleh Ust. Azamuddin Ayub

Diwaktu itu saya masih bersekolah rendah, iaitu darjah empat, tetapi peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya.
Semasa saya melangkah masuk ke bilik rumah saya, tiba-tiba sehelai wang kertas sepulh ringgit melayang jatuh di hadapan saya. Saya agak terkejut dan mendongak ke atas alang bilik untuk melihat dari mana datangnya wang tersebut. Mungkin ada wang yang disembunyikan oleh bapa saya di atas pintu itu. Dalam keadaan penuh kehairanan itu, sekeping lagi wang kertas melayang dari alang pintu yang sama, terus jatuh di hadapan saya.
Kejadian itu berlaku di rumah kelahiran saya di Kampong Teluk Kepayang. Ketika itu bapa saya adalah seorang ketua kampong. Ketua kampong ketika itu dilantik oleh orang ramai dan tidak mendapat sebarang imbuhan. Oleh itu bapa saya terpaksa bekerja keras membanting tulang meneroka hutan di darat kampong untuk dijadikan sawah padi, hanya dengan kapak, parang dan tajak. Sesekali beliau masuk hutan untuk mencari kayu longkut dan damar. Beliau selalu masuk hutan bersama dengan seorang tok sidang dari sebuah kampong lain. Beliau juga adalah seorang imam dan menjadi tempat rujukan dalam sebarang masaalah yang timbul dikalangan pendudk kampong. Kehidupan keluarga kami ketika itu diibarakatkan sebagai kais pagi pagi, kais petang makan petang.
Semasa kejadian, bapa saya berada di dapur bersama dengan ibu dan adik perempuan saya.
Dalam keadaan saya terpinga-pinga itu, tiba-tiba malayang lagi sehelai wang kertas lima ringgit dari tempat yang sama, jatuh betul-betul di hadapan saya. Ini menyebabkan saya terlalu hairan dan tersa sedikit takut lantas saya memanggil ibu dan ayah saya di dapur. Semasa mereka datang, wang tersebut terus jatuh sehelai demi sehelai.. ada yang sepuluh ringgit dan ada yang lima ringgit. Ketika itu kami (saya, ibu, bapa dan adik perempuan saya) dapat menyaksi stu keajaiban dimana tidak pernah kami melihat wang jatuh dari alang pintu bilik. Saya sendiri terjenguk-jenguk mencari punca dari mana datangnya wang tersebut. Saya tidak dapat melihat sehelai wang kertas pun di atas alan pintu bilik tersebut, begitu juga ibusaya, bapa saya dan adik perempuan saya.
Sehinggalah wang tersebut berhenti jatuh dan bapa saya mengambil keputusan untuk menyimpannya.
Setelah saya memasuki sekolah menengah, saya bertanya ibu saya berapakah jumlah wang yang jatuh tersebut dan adakah lagi ianya disimpan. Ibu saya menyatakan bahawa jumlahnya hampir seratus ringgit dan wang tersebut telah diberi piinjam oleh bapa saya kepada seorang tok sidang, kawan beliau yang sama-sama mencari kayu longgot dan damar.
Masa terus berlalu, ayah saya terus bekerja sebagai petani, tidak lagi mencari kayu longkot dan damar. Tok sidang kawan ayah saya juga tidak lagi mencari kayu longgot dan damar tetapi beliau telah menjadi seorang taukeh balak....
Semasa bapa saya telah uzur, saya sering berbual mengenai agama, perjuangan dan kisah silam dikampong. Saya teringat akan peristiwa wang kertas jatuh yang kami saksikan kira-kira 40 tahun yang lalu. Lantas saya tanyakan kepadanya, wang apakah yang jatuh tersebut. Beliau cuma tersenyum sambil menyatakan bahawa itu adalah satu pemberian Allah. Beliau meminjamkan kepada kawan beliau yang kesempitan wang ketika itu.

No comments: