Saturday, July 10, 2010

PENGUMUMAN RAWATAN DI KAMPONG GAJAH

Surau Kampong Setia, Jalan Tanjung Tualang, Kampong Gajah telah dijadikan tempat zikir dan rawatan bagi Darussyifa' Kampong Gajah. Ianya telah pun beroperasi selama dua bulan.
Menurut keterangan dari Pengerusi Darussyifa' Bota, Ustaz Mokti Huri, beberapa perawat dari Darussyifa' Bota akan datang setiap hari Ahad. dua minggu sekali, iaitu minggu kedua dan keempat setiap bulan.
Beberapa pelatih dari Kampong Gajah sendiri turut membantu menguruskan perjalanan Darussyifa' Kampong Gajah.
Rawatan dijalankan selepas majlis solat hajat, bacaan Yaasin, zikir dan solat Isyak.Mereka yang ingin bersama dalam solat hajat dan zikir amatlah dialu-alukan.

No comments: