Friday, March 15, 2024

SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang pemurah telah mewakafkan tanahnya kepada pihak pengurusan pusat perubatan Islam Darussyifa Cawangan Kedah di Kg Napo, Mukim Hosba, Jitra untuk dibangunkan sebuah tempat bagi kegunaan sebagai pusat rawatan dan aktiviti dakwah masyarakat setempat berkaitan perubatan Islam. Di atas tanah tersebut ada sebuah rumah kayu yang perlu dibaiki dengan dan dibaik pulih semula dengan kos yang agak besar. 


Untuk makluman semua penyumbang, Pusat Perubatan Islam Darussyifa Malaysia telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Dato. Dr. Haron Din. Sekarang diteruskan perjuangan ini oleh Ust Tn Hj Abd Rahman Ahmad bersama ahli-ahlinya.


Untuk fasa pertama projek ini, pihak Darussyifa perlu bersihkan tanah wakaf tersebut yang dipenuhi lalang, pokok kayu dan agak semak. Fasa pertama melibatkan proses pembersihan seluruh kawasan yang diwakafkan dan menyediakan beberapa kelengkapan asas.


1. Pembersihan halaman bahagian luar dan dalam melibatkan kos upah, sewaan roro, potong pokok, sewaan jentolak serta barang-barang kelengkapan asas.  Kos diperlukan sekitar RM11,000


2. Turap jalan dengan batu kerana jalan masuk agak becak dan rosak. Atas faktor keselamatan laluan keluar masuk perlu dibaiki dan diperelokkan. Kos sekitar RM10,000.


KOS FASA PERTAMA DIPERLUKAN: RM21 RIBU


InsyaAllah, kita cuba bantu fasa pertama dulu sebagai pembuka jalan bagi kelancaran pembinaan pusat rawatan Darussyifa ini. Keseluruhan Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa ini mencecah RM200 ribu atau lebih. 


Sebagaimana yang kita maklum, kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan oleh Darussyifa merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah dan benteng bagi umat Islam daripada kaedah rawatan yang bercanggah dan syirik.


Ini mengingatkan kita dengan kata-kata almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din yang menyifatkan bidang rawatan Islam ini adalah jihad melawan syirik dan khurafat.


Semoga usaha gigih yang dibuat oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din sejak lebih 30 tahun yang lalu, insya Allah menjadi sedekah jariah untuk Tuan Guru dan ahli Darussyifa yang lain.


Moga kita yang menyumbang untuk membina pusat rawatan Darussyifa Kedah ini juga beroleh ganjaran sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya.. 


Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berpanjangan dan lumayan atas setiap sen yang disumbangkan.

====================


Kaedah Pembayaran


02010005518716

Bank muamalat

Pusat rawatan darussyifa kedah


Resit tulis

Napoh


Mohon berhubung dengan

Ustaz Shakir

011 2183 9095


Semakan Maklumat Kepada :

Darussyifa' Malaysia


PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN, & KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(Dikenali sebagai DARUSSYIFA’)

No 5. Jalan 1/7D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Telefon:  +603-8922 2458

No comments: