Tuesday, February 24, 2026

Memakai Baju atau Menggunakan Barang Orang yang Sudah Meninggal

 ﷽

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُه

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ


Hukum Memakai Baju atau Menggunakan Barang Org yg Sudah Meninggal


Dalam Islam, penggunaan barang milik org yg telah meninggal dunia, termasuk pakaian, memiliki aturan yg dapat dirujuk pada sumber² syariat, iaitu Al-Qur'an, hadis, & pendapat ulama.


1. Harta Warisan Harus Dibahagi Sesuai Syariat

Ketika se²org meninggal, seluruh harta yg ditinggalkannya, menjadi bahagian dari warisan. Dalam Islam, warisan harus dibagi sesuai dgn ketentuan syariat setelah semua kewajiban si mati, sprti hutang atau wasiat, diselesaikan. 


Allah SWT berfirman:

"Bagi laki² ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa & kerabatnya, & bagi perempuan ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa & kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yg telah ditetapkan."

~QS. An-Nisa: 7


Artinya, barang² peninggalan org yg telah meninggal tidak boleh langsung dipakai oleh siapa pun sebelum dibahagikan secara adil kpd ahli waris. Jika pakaian tersebut sudah menjadi bahagian salah satu ahli waris atau diberikan dgn izin ahli waris lainnya, maka sah hukumnya utk digunakan.


2. Tidak Ada Larangan Khusus dalam Islam

Islam tidak melarang penggunaan pakaian atau barang² peninggalan org yg telah meninggal selama sudah menjadi hak sah org yg menggunakannya. Bahkan, menggunakan pakaian atau apa juga barang tersebut dpt menjadi bentuk pemanfaatan yg baik drpd membiarkannya tidak terpakai atau rosak. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak melarang para sahabat utk menggunakan barang² peninggalan org yg telah wafat.


Sebagai contoh, terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menggunakan barang² peninggalan atau menerima hadiah dari org lain, termasuk yg mungkin berasal dari keluarga yg sudah meninggal.


3. Menjaga Kebersihan & Niat yg Baik

Kebersihan adalah bahagian dari iman. Sebelum menggunakan pakaian org yg telah meninggal, dianjurkan utk membersihkannya terlebih dahulu agar bebas dari najis atau kotoran. Hal ini sejalan dgn hadis Nabi Muhammad SAW:

"Kebersihan adalah sebahagian dari iman."

(HR. Muslim)


Selain itu, niat penggunaannya juga harus baik. Misalnya, jika pakaian tersebut digunakan dgn niat untuk menghormati kenangan almarhum atau demi keperluan peribadi tanpa pemborosan, maka hal itu bernilai positif.


4. Menghindari Keyakinan yg Keliru

Ada sebahagian org yg percaya bahawa memakai pakaian org meninggal dapat membawa sial atau musibah. Keyakinan semacam ini tidak memiliki dasar dlm Islam & bertentangan dgn akidah tauhid. Semua kejadian di dunia ini sepenuhnya berada di bawah kehendak Allah SWT, bukan kerana pengaruh benda tertentu. Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada penyakit menular, tiyarah (anggapan sial), hamah (takut arwah gentayangan), & safar (hari sial)."

~HR. Bukhari & Muslim


Hukum memakai baju org yg sudah meninggal adalah boleh selama memenuhi syarat berikut:


✓Pakaian tersebut sudah menjadi hak sah (warisan yg telah dibahagi).

✓Pakaian dalam keadaan bersih & layak pakai.

✓Tidak disertai keyakinan yg bertentangan dgn syariat.


Sebagai umat Islam, kita dianjurkan utk memanfaatkan barang² yg ada dgn bijak & tidak membiarkan harta terbuang sia². 


Credit : Tanpa Nama

No comments: