BERITA SEMASA
PADA 23 Disember 2017
Saya menghadiri majlis pengijazahan pelatih Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam (Darussyifa) kumpulan ke-29 yang menyaksikan 312 pelatih menerima sijil rawatan Islam Darussyifa.
Selepas kematian pengasas Darussyifa, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din saya dilantik sebagai penasihat persatuan tersebut bersama-sama dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pakar perubatan, Dr. Abdul Rahman Doi.
Setiap tahun Darussyifa menghasilkan graduan perubatan Islam setelah melalui proses pembelajaran teori dan praktikal selama setahun. Pelatih juga dikehendaki menghafal 33 ayat ruqyah yang menjadi bacaan asas ketika merawat pesakit.
Artikel Penuh: Utusan Online
No comments:
Post a Comment