Berwuduk adalah satu perkara penting yang wajib disempurnakan dengan baik mengikut syarat-syaratnya.
Menurut Kitab al-Fiqh al-Manhaji:
Wuduk berasal daripada perkataan washa'ah. Dari segi bahasa, ia bererti elok dan berseri. Sementara dari segi syara' pula ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu berserta dengan niat. Ia dinamakan demikian kerana perbuatan tersebut mengelokkan dan menyerikan anggota yang dibasuh dan dibersihkan. Perkataan wadhu' ialah nama air yang digunakan untuk berwuduk.
Menjadi kebiasaan masyarakat kini. Doa setelah berwuduk amat kurang dipraktikkan. Disini, kami perkongsikan doa selepas berwuduk untuk sama-sama kita dapat mengamalkannya.
Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa
yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha
illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa
rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin
(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada
sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan
utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan
jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya
kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis
Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih
Al-Nasai(148))
No comments:
Post a Comment