Thursday, June 28, 2018

MEMOHON KETURUNAN YANG BAIK


"keturunan yang baik menghasilkan benih yang baik"


Penting mencari pasangan baik
Justeru, ayat di atas memberi isyarat yang jelas kepentingan keturunan yang baik, apa yang pasti ia tidak lari dari konsep mencari pasangan yang baik dan berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak.
Tanamkan perasaan takwa dalam jiwa anak termasuk membiasakan mereka solat, al-Quran, pendidikan akhlak diri dan rohani.
Panduan Agama
 “Perempuan itu dinikahi karana empat perkara. Karana hartanya, kerana nasabnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka nikahilah wanita yang baik agamanya,agar engkau akan beruntung.” (HR Bukhari).

Cita-cita Alam Rumahtangga
Menjadi lumrah kepada kita, setiap kita inginkan keturunan yang baik. Hasil dari pemilihan dan pernikahan yang baik. Agar ia menjadi satu kitaran pahala buat kita dari keturunan yang baik.

Doa menjadi satu wadah mula. Bermulanya saat pemilihan pasangan. Sehinggalah kepada hajat kepada keinginan zuriat yang baik.

Amalkanlah ia, agar menjadi asbab Allah memelihara nasab keturunan kita berpanjangan dan berterusan. Sesungguhnya “Doa senjata Mukmin”. Dimana Allah Yang Maha Mendengar, pasti memakbulkan permintaan hamba-Nya, rentetan dari ketaatan pada suruhan-Nya.

Semoga doa ini dapat diamalkan dalam meniti hari-hari mendatang untuk setiap pasangan.




No comments: