Sunday, July 15, 2018

Mari BerTadabbur Al-Quran

Allah SWT tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya

Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya, itu kerana kesempurnaan keadilan-Nya, padahal Dia Maha Kuasa untuk berbuat zalim, Maha Kuasa untuk mengurangi kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan orang-orang yang berbuat baik, dan Maha Kuasa pula untuk menambah kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang berbuat maksiat lebih dari kadar yang dilakukan oleh mereka. Akan tetapi, kerana kesempurnaan keadilan-Nya, Dia haramkan hal itu atas diri-Nya. Benarlah firman Allah SWT :


MAKSUDNYA :

Dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

(Surah Al-Kahfi : 49)

Begitu juga pada firman Allah SWT yang lain :


MAKSUDNYA :

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

(Surah An-Nisaa' : 40)

IBRAH AYAT

Dua ayat ini membawa kita mendidik jiwa sebagai seorang Mukmin dan hamba-Nya agar mengharap kepada Allah SWT, seterusnya merendah diri di hadapan Allah SWT Yang Maha Kaya. Maka, mohonlah kepada Allah SWT atas setiap permintaan dan permohonan.

Janganlah berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana berputus asa dari rahmat Allah SWT lebih besar keburukannya dalam kehidupan muslim. Rahmat Allah SWT teramatlah luas.

 DarussyifaBota


No comments: