Sunday, July 22, 2018

Amalam Kebajikan Selepas Amalan Fardu

Amalam Kebajikan Selepas Amalan Fardu

i )   Solat Malam : 

iaitu solat sunat yang dilakukan di waktu malam selepas tidur beberapa ketika (qiamullail). Ini mempunyai banyak kelebihan diantaranya beroleh kemurahan rezeki, selamat daripada penyakit, terhindar dan dilindungi keselamatan daripada musuh, dipermudahkan urusan dalam kehidupan, disukai manusia dan banyak lagi. Adapun di akhirat pula akan mendapat ganjaran syurga Allah dan kedudukan yang terpuji di akhirat.

Benarlah firman Allah SWT :


Maksudnya: 

Mereka merenggagkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh) ; mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

(Surah al-Sajdah : 16)

ii) Menuntut Ilmu dan Jihad

Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa sebaik-baik amalan kebajikan selepas amalan fardu ialah menuntut ilmu kemudian diikuti dengan jihad. Manakala Imam Syafie pula berpendapat bahawa sebaik-baik amalan ialah sembahyang sama ada fardu mahupun sembahyang sunat.

Walaupun begitu, Imam Syafie juga berpendapat mempelajari ilmu itu lebih baik daripada mengerjakan seribu rakaat Solat Sunat. Ini kerana status kefarduan tidak mungkin dapat digugat oleh yang sunat.

Imam Ahmad pula berpendapat bahawa jihad di jalan Allah SWT adalah amalan yang paling afdal. Kerana terlalu banyak kelebihan jihad dalam memelihara Islam dan meninggikan kalimah Allah SWT. Antara kelebihannya ialah mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah SWT sepertimana yang dinaskan oleh Allah serta diberikan rezeki yang cukup.


Pujangga berkata :

"Solat di malam hari adalah keindahan di siang hari, senang melakukan kebaikan kepada sesama manusia adalah bahagian dari kesucian nurani dan menunggu jalan keluar dengan penuh sabar adalah ibadat"


Ibrah :

Daripada penerangan yang diatas ini, secara keseluruhannya. Segala kebaikan yang ada ia merupakan milik Allah SWT. Seperti kenyataan Rasulullah SAW, "Sesungguhnya ia sesuatu yang mudah bagi sesiapa yang Allah SWT mudahkan."

Maka, kita perlu bersungguh-sungguh memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan taufik dan kemampuan untuk melakukan ketaatan kepadaNya. Disamping itu, dengan mencurahkan segala usaha dan daya serta bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Marilah kita bersama-sama mengamatinya serta berniat untuk mengamalkan mana-mana saranan ini didalam kehidupan seharian kita.




No comments: