Saturday, February 8, 2020

Ziarah Mahabbah Sahabat Ust Hairi

Perjalanan bermula dengan doa. Bergerak pada jam 11.00 pagi. Menelusuri jalan menuju ke utara. Untuk destinasi Hospital Pulau Pinang.

Ust Hairi antara perawat terawal di Darussyifa' Bota. Beliau pernah menyandang jawatan timbalan setiausaha suatu ketika dahulu. Kali terakhir beliau bertugas dalam tahun 2018 sebelum diuji dengan kesihatan beliau yang agak serius selepas pulang dari kerja mengait kelapa sawit.

Banyak jasa beliau buat Darussyifa' Bota, antaranya. Beliaulah yang menjadi penerima air Darussyifa' untuk kegunaan Pusat Rawatan pada jam 1- 2 pagi. Menjadi perawat membantu masyarakat Bota dari awal operasi sehingga keuzuran kini. Menjadi AJK untuk pengurusan pengajian pelajar-pelajar baharu di UTP. Yang kini pengajian telah dipindahkan di Darussyifa' Ulu Kinta, dan pelbagai lagi.

Doakan buat beliau agar diberi kesembuhan-Nya untuk bersama dapat berbakti untuk masyarakat lagi seiring harapan Al-Marhum Tuan Guru Dato Dr. Harun Din yang kita kasihi. Semoga setiap doa pembaca dibalasi dengan limpahan rahmat Allah yang tiada bandingannya. Amiiinnn...

Maklumat ziarah Ust Hairi boleh diikuti di Page Rasmi : Darussyifa Bota




No comments: