Tuesday, February 24, 2026

Memakai Baju atau Menggunakan Barang Orang yang Sudah Meninggal

 ﷽

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُه

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ


Hukum Memakai Baju atau Menggunakan Barang Org yg Sudah Meninggal


Dalam Islam, penggunaan barang milik org yg telah meninggal dunia, termasuk pakaian, memiliki aturan yg dapat dirujuk pada sumber² syariat, iaitu Al-Qur'an, hadis, & pendapat ulama.


1. Harta Warisan Harus Dibahagi Sesuai Syariat

Ketika se²org meninggal, seluruh harta yg ditinggalkannya, menjadi bahagian dari warisan. Dalam Islam, warisan harus dibagi sesuai dgn ketentuan syariat setelah semua kewajiban si mati, sprti hutang atau wasiat, diselesaikan. 


Allah SWT berfirman:

"Bagi laki² ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa & kerabatnya, & bagi perempuan ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa & kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yg telah ditetapkan."

~QS. An-Nisa: 7


Artinya, barang² peninggalan org yg telah meninggal tidak boleh langsung dipakai oleh siapa pun sebelum dibahagikan secara adil kpd ahli waris. Jika pakaian tersebut sudah menjadi bahagian salah satu ahli waris atau diberikan dgn izin ahli waris lainnya, maka sah hukumnya utk digunakan.


2. Tidak Ada Larangan Khusus dalam Islam

Islam tidak melarang penggunaan pakaian atau barang² peninggalan org yg telah meninggal selama sudah menjadi hak sah org yg menggunakannya. Bahkan, menggunakan pakaian atau apa juga barang tersebut dpt menjadi bentuk pemanfaatan yg baik drpd membiarkannya tidak terpakai atau rosak. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak melarang para sahabat utk menggunakan barang² peninggalan org yg telah wafat.


Sebagai contoh, terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menggunakan barang² peninggalan atau menerima hadiah dari org lain, termasuk yg mungkin berasal dari keluarga yg sudah meninggal.


3. Menjaga Kebersihan & Niat yg Baik

Kebersihan adalah bahagian dari iman. Sebelum menggunakan pakaian org yg telah meninggal, dianjurkan utk membersihkannya terlebih dahulu agar bebas dari najis atau kotoran. Hal ini sejalan dgn hadis Nabi Muhammad SAW:

"Kebersihan adalah sebahagian dari iman."

(HR. Muslim)


Selain itu, niat penggunaannya juga harus baik. Misalnya, jika pakaian tersebut digunakan dgn niat untuk menghormati kenangan almarhum atau demi keperluan peribadi tanpa pemborosan, maka hal itu bernilai positif.


4. Menghindari Keyakinan yg Keliru

Ada sebahagian org yg percaya bahawa memakai pakaian org meninggal dapat membawa sial atau musibah. Keyakinan semacam ini tidak memiliki dasar dlm Islam & bertentangan dgn akidah tauhid. Semua kejadian di dunia ini sepenuhnya berada di bawah kehendak Allah SWT, bukan kerana pengaruh benda tertentu. Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada penyakit menular, tiyarah (anggapan sial), hamah (takut arwah gentayangan), & safar (hari sial)."

~HR. Bukhari & Muslim


Hukum memakai baju org yg sudah meninggal adalah boleh selama memenuhi syarat berikut:


✓Pakaian tersebut sudah menjadi hak sah (warisan yg telah dibahagi).

✓Pakaian dalam keadaan bersih & layak pakai.

✓Tidak disertai keyakinan yg bertentangan dgn syariat.


Sebagai umat Islam, kita dianjurkan utk memanfaatkan barang² yg ada dgn bijak & tidak membiarkan harta terbuang sia². 


Credit : Tanpa Nama

Friday, March 15, 2024

SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang pemurah telah mewakafkan tanahnya kepada pihak pengurusan pusat perubatan Islam Darussyifa Cawangan Kedah di Kg Napo, Mukim Hosba, Jitra untuk dibangunkan sebuah tempat bagi kegunaan sebagai pusat rawatan dan aktiviti dakwah masyarakat setempat berkaitan perubatan Islam. Di atas tanah tersebut ada sebuah rumah kayu yang perlu dibaiki dengan dan dibaik pulih semula dengan kos yang agak besar. 


Untuk makluman semua penyumbang, Pusat Perubatan Islam Darussyifa Malaysia telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Dato. Dr. Haron Din. Sekarang diteruskan perjuangan ini oleh Ust Tn Hj Abd Rahman Ahmad bersama ahli-ahlinya.


Untuk fasa pertama projek ini, pihak Darussyifa perlu bersihkan tanah wakaf tersebut yang dipenuhi lalang, pokok kayu dan agak semak. Fasa pertama melibatkan proses pembersihan seluruh kawasan yang diwakafkan dan menyediakan beberapa kelengkapan asas.


1. Pembersihan halaman bahagian luar dan dalam melibatkan kos upah, sewaan roro, potong pokok, sewaan jentolak serta barang-barang kelengkapan asas.  Kos diperlukan sekitar RM11,000


2. Turap jalan dengan batu kerana jalan masuk agak becak dan rosak. Atas faktor keselamatan laluan keluar masuk perlu dibaiki dan diperelokkan. Kos sekitar RM10,000.


KOS FASA PERTAMA DIPERLUKAN: RM21 RIBU


InsyaAllah, kita cuba bantu fasa pertama dulu sebagai pembuka jalan bagi kelancaran pembinaan pusat rawatan Darussyifa ini. Keseluruhan Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa ini mencecah RM200 ribu atau lebih. 


Sebagaimana yang kita maklum, kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan oleh Darussyifa merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah dan benteng bagi umat Islam daripada kaedah rawatan yang bercanggah dan syirik.


Ini mengingatkan kita dengan kata-kata almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din yang menyifatkan bidang rawatan Islam ini adalah jihad melawan syirik dan khurafat.


Semoga usaha gigih yang dibuat oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din sejak lebih 30 tahun yang lalu, insya Allah menjadi sedekah jariah untuk Tuan Guru dan ahli Darussyifa yang lain.


Moga kita yang menyumbang untuk membina pusat rawatan Darussyifa Kedah ini juga beroleh ganjaran sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya.. 


Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berpanjangan dan lumayan atas setiap sen yang disumbangkan.

====================


Kaedah Pembayaran


02010005518716

Bank muamalat

Pusat rawatan darussyifa kedah


Resit tulis

Napoh


Mohon berhubung dengan

Ustaz Shakir

011 2183 9095


Semakan Maklumat Kepada :

Darussyifa' Malaysia


PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN, & KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(Dikenali sebagai DARUSSYIFA’)

No 5. Jalan 1/7D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Telefon:  +603-8922 2458

Wednesday, March 13, 2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak


 Salam Ramadhan Al-Mubarak Dari Kami Di Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa Bota.

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik kita.


Jika Ini Ramadhan Terakhirku,

Jika Ini Ramadhan Terbaikku,

Jika Ini Ramadhan Kasihku,

Maka Lelah hari ini untuk-Mu,

Maka Ibadah hari ini untuk-Mu,

Maka Cinta hari ini untuk-Mu.


Kami mohon maaf kerana sesi rawatan ditutup sementara, sehingga 19 April 2024.

In Shaa Allah Sesi Rawatan Bermula Semula Pada 20 April 2024.


اَللَّهُمَّ سَلِّمْنِى اِلَى رَمَضَانَ وَسَلِّمْ لِىْ رَمَضَانَ وَتُسَلِّمُهُ مِنِّى مُتَقَبَّلً

Ya Allah, Serahkanlahku kepada Ramadhan, Serahkanlah Ramadhan kepadaku.

Engkau menerimanya (Ibadahku di Bulan Ramadhan) dariku dengan ridha.


Facebook: fb.com/darussyifabota

Sunday, March 10, 2024

Gotong Royong Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi.

Aktiviti "Gotong Royong Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" adalah aktiviti tahunan bagi barisan perawat di Darussyifa Bota ini.

Selain menjadi aktiviti tahunan, ini juga sebagai platform dimana semua ahli dapat bertemu mata dan mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli.

Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga kita semua lebih bersedia dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Gambar sekitar aktiviti yang sempat admin dapatkan sebagai kenangan.









Sunday, February 18, 2024

Kenali Akhir Zaman

 Zaman Yang Kita Sedang Lalui Semakin Menuju Penghujung.


Kita pasti merasa gerun saat menghampirinya tanpa mengenali zamannya.

Kejadian akhir zaman yang akan berlaku banyak telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. 


Bagaimana kita membuat persediaan menghadapinya ?

Inilah antara kajian yang dibukukan bagi persediaan awal kita menghadapinya.

Dengan rujukan yang dinyatakan atas panduan al-Quran dan Hadis.


Dapatkan di : https://pck.onpay.my/order/form/akhirzaman01/albakrionline




Saturday, February 17, 2024

BERZIKIRLAH

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Tenang dalam erti kata lainya adalah damai, lapang dan tiada keluh kesah.
Dengan mengingati Allah, segalah ujian yang dihadapi tenang dirasai didalam diri.

Antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir
Zikir adalah sebutan perkataan nama Allah (Asma alHusna). Boleh jadi dengan membaca Qalam Allah (Perkataan Ayat Allah) membaca Quran.

Maka semua ini adalah jalan atau cara bagaimana kita berzikir kepada-Nya.
 Sebagai tanda syukurnya kita atas segala nikmat yang Allah telah beri.
Disamping menjaga dan melakukan ketaan semuanya perintah Allah.
TERUTAMANYA SOLAT 5 WAKTU.

Lalu, apa lagi yang menghalang kita dari menjadi Hamba-Nya yang terbaik.
Berzikirlah